Gladiators: Bertahan di Rom ialah RPG Aksi dengan mekanisma permainan kelangsungan hidup dan aspek pembinaan bandar. Anda adalah pelarian dari tentera Caesar, dan akan meneroka jauh ke dalam hutan belantara Eropah Purba.
Nama | Gladiators: Bertahan di Rom |
---|---|
Versi Android | 5.1 |
Penerbit | Colossi Games |
Genre | GAME ROLE PLAYING |
Saiz | 440.86 MB |
Versi | 1.34.4 |
Kali terakhir dikemas kini pada | 2024-10-14 |
Muat turun | 1,000,000+ |
Dapatkan di |
Download Gladiators: Bertahan di Rom
DownloadAbout Gladiators: Bertahan di Rom
Screenshots
Detail Gladiators: Bertahan di Rom
Membebaskan hamba dari askar yang zalim, menerokai rahsia mitos di tanah gasar yang belum ditandakan serta membina bandar yang bebas demi kelangsungan hidup manusia. Cipta senjata dan baju perisai daripada apa yang telah anda kutip, kemudian bunuh kesatria raja dan takluki Empayar Rom!
Anda tidak bersendirian: Beribu-ribu kesatria lain mendambakan kemuliaan serta pengiktirafan dari Maharaja Rom. Bekerjasama dengan rakan-rakan yang terselamat atau bertempur dengan lawan di arena, untuk anda menjadi Gladiator terhebat di hadapan mata warga Rom yang perkasa!
⚒ Ciri Gladiators: Kehidupan di Rom
★ Aksi Pertempuran: Pergerakan bebas dan serangan hack'n'slay yang terbaik
★ Kerajinan Mendalam: Tuai tumbuhan, melombong batu dan memotong pokok di seluruh dunia permainan
★ Dunia Terbuka: Terokai kerajaan masa lalu dan temui harta karun
★ Pembinaan Bandar: Rancang rumah anda dan bina bandar anda sendiri beserta ladang
★ Berbilang pemain: Permainan kehidupan pertama yang dimainkan bersama rakan
★ Pilihan Strategik: Menyesuaikan senjata anda untuk kesan yang berbeza
★ Gaya Seni yang Unik: Model 3D buatan tangan dan animasi yang menakjubkan
★ Sejarah Terhebat: Kehidupan menentang zombi amat membosankan, kami akan membawa anda menempuh perjalanan fantasi bersejarah ke zaman Cesar!
Kami telah membina dunia kotak pasir di Rom Purba menggunakan berjuta-juta kepingan teka-teki daripada sekeping batu kecil yang dilukis dengan tangan kepada peta yang dihasilkan mengikut prosedur bagi pemain takluki dan memberikan matlamat kepada perjalanan. Seperti semua projek pembangunan permainan utama, realiti dan penerimaan merupakan satu-satunya sumber kebenaran. Oleh yang demikian, usah takut untuk berkongsikan perasaan anda terhadap sebarang mahupun semua aspek permainan pertama Colossi.
Terima kasih kerana mencuba Gladiators: Kehidupan di Rome! Jika anda mengemari apa yang anda saksikan atau mempunyai maklum balas, kami amat berbesar hati sekiranya anda boleh meninggalkan ulasan stor atau melawati halaman Media Sosial kami:
💬 Discord: https://discord.gg/xg6XYzJgJm
🧑🏼🤝🧑🏻 Facebook: https://www.facebook.com/Gladiators.Survival