Google Authenticator menambahkan lapisan keselamatan tambahan pada akaun dalam talian anda dengan menambahkan langkah pengesahan kedua apabila anda log masuk.
Nama | Google Authenticator |
---|---|
Versi Android | N/A |
Penerbit | Google LLC |
Genre | TOOLS |
Ukuran | 8.6 MB |
Versi | Latest |
Terakhir diperbarui saat | 2024-08-28 |
Unduhan | 100,000,000+ |
Aktifkan |
Download Google Authenticator
DownloadAbout Google Authenticator
Screenshots
Detail Google Authenticator
Langkah ini bermakna bahawa selain kata laluan anda, anda juga perlu memasukkan kod yang dijana oleh apl Google Authenticator pada telefon anda.
Kod pengesahan boleh dijana oleh apl Google Authenticator pada telefon anda walaupun anda tiada rangkaian atau sambungan selular.
* Segerakkan kod Authenticator anda kepada Google Account dan merentas peranti anda. Dengan cara ini, anda boleh mengakses Google Account dan peranti anda pada bila-bila masa walaupun telefon anda hilang.
* Sediakan akaun Authenticator anda secara automatik dengan kod QR. Cara ini pantas dan mudah serta membantu anda untuk memastikan bahawa kod anda disediakan dengan betul.
* Sokongan untuk berbilang akaun. Anda boleh menggunakan apl Authenticator untuk mengurus berbilang akaun agar anda tidak perlu beralih antara apl setiap kali anda log masuk.
* Sokongan untuk penjanaan kod berdasarkan masa dan pembilang. Anda boleh memilih jenis penjanaan kod yang sesuai dengan keperluan anda.
* Pindahkan akaun antara peranti dengan kod QR. Cara ini merupakan cara yang mudah untuk memindahkan akaun anda kepada peranti baharu.
* Untuk menggunakan Google Authenticator dengan Google, anda perlu mendayakan Pengesahan 2 Langkah pada Google Account anda. Untuk bermula, lawati http://www.google.com/2step
Notis kebenaran:
Kamera: Diperlukan untuk menambahkan akaun menggunakan kod QR