Blossom - Pengecaman Tumbuhan

Blossom - Pengecaman Tumbuhan

v1.53.1 by Conceptiv Apps

Terokai aplikasi Blossom - panduan penjagaan dan pengenal pasti tumbuhan mudah alih yang boleh dipercayai!

Nama Blossom - Pengecaman Tumbuhan
Versi Android 7.0
Penerbit Conceptiv Apps
Genre EDUCATION
Saiz N/A
Versi 1.53.1
Kemas kini terakhir pada 2023-10-24
Muat turun 5,000,000+
Dapatkannya Google Play


Download Blossom - Pengecaman Tumbuhan

Download

About Blossom - Pengecaman Tumbuhan

Terokai aplikasi Blossom - panduan penjagaan dan pengenal pasti tumbuhan mudah alih yang boleh dipercayai!

Detail Blossom - Pengecaman Tumbuhan

Kenal pasti tumbuhan, bunga, sukulen, pokok melalui foto dan dapatkan cara dan petua penjagaan tumbuhan yang bermanfaat. Tetapkan peringatan untuk menyiram tumbuhan anda dengan secukupnya. Ketahui cara terbaik untuk membaja dan menyalin pasu tumbuhan dan bunga anda. Tangkap gambar pokok di taman yang anda sering kunjungi dan ketahui lebih lanjut tentangnya. Masa untuk mula mengusahakan kebun anda sendiri!

Ros merah, violet biru… Sudah sedia untuk mengenal pasti tumbuhan di sekeliling anda?

Mengenal pasti dan menanam tumbuhan memang sangat menyeronokkan! Dengan aplikasi Blossom, anda boleh mempelajari segala yang anda perlukan untuk menjaga tumbuhan anda sebaik-baiknya.

Ciri-ciri

PENGECAMAN TUMBUHAN YANG TEPAT

Kenal pasti serta-merta lebih 10,000 tumbuhan, bunga, sukulen, dan pokok melalui gambar. Cuma ambil gambar tumbuhan atau gunakan gambar di telefon anda, dan aplikasi kami akan mengenalpastinya dengan sekelip mata!

PENGENALPASTIAN PENYAKIT TUMBUHAN

Perlukan bantuan kecemasan tumbuhan? Ambil gambar tumbuhan yang layu atau muat naik gambar dari galeri anda dan dapatkan maklumat penyakit dan rawatan yang luas.

HOTLINE PAKAR BOTANI

Hantar mesej untuk mendapatkan nasihat penjagaan dan rawatan yang menyeluruh daripada pakar botani kami.

MAKLUMAT BERGUNA DAN PETUA PINTAR

Ingin tahu bila tumbuhan anda akan berbunga atau pokok apa yang tumbuh di kebun anda? Kenal pasti tumbuhan melalui gambar atau cari nama tumbuhan melalui pangkalan data kami untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai ciri-ciri dan arahan penjagaan setiap tumbuhan.

PERINGATAN PENJAGAAN TUMBUHAN

Dapatkan pemberitahuan apabila tiba masa untuk menyiram, membaja, menyembur, membersihkan dan menyalin pasu. Cipta peringatan tersuai sekiranya tumbuhan anda memerlukan sesuatu yang khusus.

BLOG HIJAU

Temui beraneka artikel, tip dan tutorial video penjagaan tanaman di dalam blog kami yang sentiasa dikemas kini!

CATATAN

Catat kehidupan tumbuhan anda - pantau pertumbuhan dan perkembangannya, raikan pembentukan bunganya yang pertama, huraikan rutin penjagaan tumbuhan anda, atau lampirkan gambar untuk melihat perubahan tumbuhan anda. Anda takkan terlepas apa-apa lagi!

KOLEKSI TUMBUHAN PERIBADI

Tambah semua spesies tumbuhan anda ke dalam Kebun saya untuk memantau pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan, bunga, sukulen dan pokok anda.

METER CAHAYA

Biarkan kami tunjukkan kepada anda cara (dan maksudnya!). Ukur tahap cahaya di ruang anda dan cari lokasi terbaik untuk tumbuhan anda.

Jadikan aplikasi Blossom tempat untuk tumbuhan anda. Tidak kiralah anda pekebun pakar atau baru kali pertama mengenal pasti keperluan tumbuhan hias rumah anda: rasai pengalaman menjaga kebun hijau anda sendiri yang menyeronokkan.

Ciri-ciri premium:

Pengenalpastian tanpa had - kenal pasti sebanyak mana tumbuhan yang anda mahu.

Pengecaman penyakit tanpa had

Tumbuhan tanpa had dalam taman anda

Pengiraan air tanpa had

Perundingan tanpa had dengan ahli botani.

Meter cahaya - ukur tahap cahaya di ruang anda.

Pelan Langganan standard kami ialah:

- Langganan 1 bulan

- Langganan 1 tahun

* Langganan dengan percubaan percuma akan diperbaharui secara automatik menjadi langganan berbayar melainkan jika anda membatalkan langganan sebelum berakhirnya tempoh percubaan percuma.

* Batalkan percubaab percuma atau langganan pada bila-bila masa melalui tetapan akaun di Google Play Store dan terus menikmati kandungan premium sehingga tamat tempoh percubaan percuma atau langganan berbayar.

Dasar Privasi: https://conceptivapps.com/privacy_policy.html

EULA: https://conceptivapps.com/eula.html

Hubungi kami di [email protected] jika anda mempunyai apa-apa permintaan ciri-ciri, soalan, atau komen.

What's New Version 1.53.1