Telefon Google

Telefon Google

vLatest by Google LLC

Buat julung-julung kalinya, apl panggilan telefon rasmi Google kini tersedia untuk dimuat turun. Telefon memudahkan anda berhubung dengan keluarga dan rakan, menyekat pemanggil spam dan mengetahui pemanggil sebelum anda menjawab panggilan – kesemuanya dengan reka bentuk yang ringkas dan intuitif.

Nama Telefon Google
Versi Android N/A
Penerbit Google LLC
Genre TOOLS
Saiz 65.03 MB
Versi Latest
Kemas kini terakhir pada 2023-10-26
Muat turun 1,000,000,000+
Dapatkannya Google Play


Download Telefon Google

Download

About Telefon Google

Buat julung-julung kalinya, apl panggilan telefon rasmi Google kini tersedia untuk dimuat turun. Telefon memudahkan anda berhubung dengan keluarga dan rakan, menyekat pemanggil spam dan mengetahui pemanggil sebelum anda menjawab panggilan – kesemuanya dengan reka bentuk yang ringkas dan intuitif.

Detail Telefon Google

Perlindungan spam yang hebat

Lihat amaran tentang pemanggil yang mencurigakan. Hal ini dapat membantu anda mengelakkan panggilan yang tidak dikehendaki daripada pemanggil spam, telepemasar dan penipu. Sekat nombor untuk menghalang mereka daripada memanggil anda lagi.

Ketahui pemanggil

Liputan ID pemanggil yang meluas daripada Google membolehkan anda mengetahui perniagaan yang memanggil supaya anda dapat menjawab dengan yakin.

Saring pemanggil yang tidak diketahui 1,2

Call Screen menjawab panggilan daripada pemanggil yang tidak diketahui, menapis pemanggil spam yang dikesan tanpa mengganggu anda dan membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang pemanggil yang tidak anda kenali sebelum anda menjawab panggilan.

Mel suara visual 1,3

Semak mesej anda tanpa perlu memanggil mel suara – lihat dan mainkan mesej dalam sebarang urutan, baca transkripsi dan padamkan atau simpan mesej terus daripada apl.

Reka bentuk intuitif

Reka bentuk yang ringkas memastikan kenalan kegemaran anda dapat diakses dengan satu ketikan. Selain itu, tukar kepada mod gelap untuk menjimatkan bateri dan mengurangkan keletihan mata pada waktu malam.

Sokongan kecemasan 1,4

Lihat lokasi semasa anda apabila anda membuat panggilan kecemasan dan berkongsi maklumat tentang bantuan yang anda perlukan, berserta lokasi anda, kepada operator kecemasan tanpa bercakap.

Apl Telefon tersedia pada kebanyakan peranti Androd yang menjalankan Android™ 9.0 ke atas.

1 Tersedia hanya pada sesetengah peranti yang diprapasang apl Telefon.

2 Penyaringan automatik tersedia di AS sahaja, hanya dalam bahasa Inggeris. Penyaringan manual tersedia di AS, CA sahaja, hanya dalam bahasa Inggeris. Call Screen mungkin tidak dapat mengesan semua robopanggilan atau panggilan spam.

3 Transkripsi tersedia di AS sahaja, hanya dalam bahasa Inggeris.

4 Tersedia di Australia, United Kingdom dan AS sahaja, hanya dalam bahasa Inggeris.

What's New Version N/A

Dengan kemas kini Call Screen yang terbaharu pada peranti Pixel di AS, Google Assistant kini membantu anda menyaring pemanggil yang tidak diketahui dan menapis keluar robopanggilan yang dikesan secara automatik sebelum telefon anda berdering. Sekiranya panggilan bukan daripada robopanggilan, telefon anda akan berdering beberapa ketika kemudian dengan konteks yang berguna tentang pemanggil dan sebab panggilan dibuat.