Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang

vLatest by Moonton

Sertai rakan dalam Mobile Legends: Bang Bang, sebuah MOBA 5V5 serba-baharu dan melawan pemain sebenar! Pilih wira kegemaran dan bentuk pasukan yang sempurna dengan rakan! Pemadanan 10-saat, pertempuran 10-minit. Dimulai dengan penguasaan laluan, disertai perburuan, diikuti mengerah pasukan maju ke hadapan, seterusnya pertempuran berpasukan, semua aspek menyeronokkan dalam MOBA dan permainan aksi di komputer kesemuanya di tapak tangan anda! Ayuh nyalakan semangat e-Sukan anda!

Nama Mobile Legends: Bang Bang
Versi Android 4.4
Penerbit Moonton
Genre GAME ACTION
Saiz N/A
Versi Latest
Kali terakhir dikemas kini pada 2024-10-12
Muat turun ৫০০,০০০,০০০+
Dapatkan di Google Play


Download Mobile Legends: Bang Bang

Download

About Mobile Legends: Bang Bang

Sertai rakan dalam Mobile Legends: Bang Bang, sebuah MOBA 5V5 serba-baharu dan melawan pemain sebenar! Pilih wira kegemaran dan bentuk pasukan yang sempurna dengan rakan! Pemadanan 10-saat, pertempuran 10-minit. Dimulai dengan penguasaan laluan, disertai perburuan, diikuti mengerah pasukan maju ke hadapan, seterusnya pertempuran berpasukan, semua aspek menyeronokkan dalam MOBA dan permainan aksi di komputer kesemuanya di tapak tangan anda! Ayuh nyalakan semangat e-Sukan anda!

Detail Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends Bang Bang, sebuah permainan MOBA mengagumkan di peranti mudah alih. Atasi dan tumbangkan pihak lawan bersama rakan dan capailah kemenangan mutlak!

Peranti mudah alih anda dahagakan pertempuran!

Ciri-Ciri:

1. Peta MOBA Klasik, Pertempuran 5v5

Pertempuran masa nyata 5v5 menentang pemain sebenar. 3 laluan utama, 4 kawasan hutan, 2 makhluk bos, 18 menara pertahanan, dan pertarungan tanpa henti, kesemua yang terkandung dalam MOBA klasik ada di sini!

2. Menang Dengan Kerjasama Pasukan & Strategi

Halang setiap kerosakan, kawal pihak musuh, dan pulihkan rakan sepasukan! Pilih dari Tank, Mage, Marksman, Assassin, Support, dan lain-lain untuk melengkapkan pasukan dan menjadi MVP dalam perlawanan! Wira baharu juga dilancarkan secara berterusan.

3. Perlawanan Yang Adil, Pimpin Pasukan Menuju Kemenangan

Seperti MOBA klasik lain, tiada latihan wira diperlukan atau bayaran untuk sebarang kelebihan. Teknik dan strategi adalah segalanya untuk memenangi perlawanan di platform yang adil dan seimbang ini. Main Untuk Menang, bukannya Bayar Untuk Menang.

4. Kawalan Ringkas, Mudah Untuk Dikuasai

Butang kawalan arah di sebelah kiri dan butang teknik di sebelah kanan, hanya 2 jari yang diperlukan untuk menjadi pemain handalan! Sistem penguncian automatik dan penukaran sasaran membolehkan anda melakukan serangan akhir mengikut kemahuan anda. Tambahan, sistem beli-dan-guna membolehkan anda membeli kelengkapan di mana-mana sahaja di atas peta, justeru anda boleh terus fokus menghadapi kehangatan pertempuran!

5. Pemadanan 10 Saat, Perlawanan 10 Minit

Pemadanan perlawanan hanya mengambil masa 10 Saat. Sesebuah perlawanan hanya memerlukan masa 10 minit. Tinggalkan fasa peningkatan tahap di awal permainan yang lengang, dan teruskan langkahan menuju pertempuran sengit. Masa penantian membosankan dan pengumpulan sumber yang lebih singkat, manakala lebih banyak detik mencemaskan jiwa dan kemenangan yang mengujakan. Tanpa mengira tempat dan masa, ambil telefon bimbit, lancarkan permainan, dan selami sepenuhnya diri anda ke dalam persaingan MOBA yang mendebarkan.

6. Bantuan AI Luar Talian Pintar

Jaringan rangkaian tidak stabil membuatkan pasukan anda menderita ketika berhadapan perlawanan sengit, namun dengan sistem penyambungan semula Mobile Legends: Bang Bang yang hebat, anda mampu kembali beraksi semula dalam beberapa saat. Ketika anda berada di luar talian, sistem AI kami akan mengambil-alih watak anda buat sementara waktu bagi mengelakkan situasi 4 lawan 5.

SILA AMBIL PERHATIAN! Walaupun Mobile Legends: Bang Bang merupakan sebuah permainan yang percuma untuk dimuat-turun dan dimainkan, namun sesetengah barangan dalam permainan boleh dibeli menggunakan wang sebenar. Jika anda mahu menggunakan fungsi ini, sila tetapkan perlindungan kata laluan pembelian di Google Play Store. Selain itu, berpandukan Terma Perkhidmatan dan Polisi Privasi kami, anda perlu berumur sekurang-kurangnya 12 tahun untuk bermain atau memuat-turun Mobile Legends: Bang Bang.

Hubungi Kami

Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan melalui butang [Hubungi Kami] dalam permainan untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi ketika sedang bermain. Anda juga boleh mencari kami di platform berikut. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan berkaitan Mobile Legends: Bang Bang.

Emel Khidmat Pelanggan: [email protected]

Instagram: @mobilelegendsgame

YouTube: https://www.youtube.com/c/MobileLegends5v5MOBA

What's New Version N/A

1. Wira Baharu: Suyou, Mask of the Immortal2. S34 akan bermula dari 00:00:00 pada 21/09 (Masa Server). Selesaikan perlawanan Ranked dalam S34 untuk menuntut Aulus "Ironmane Reaver" secara percuma.3. Acara Ulang Tahun ke-8 MLBB akan bermula dengan rasmi pada 27/09 (Masa Server). Skin baharu tersedia secara percuma. Nantikan!