Rise of Kingdoms: Lost Crusade

Rise of Kingdoms: Lost Crusade

v1.0.86.19 by LilithGames

Takluk Bersama Greece, Bangkit Mencapai Kegemilangan

Nama Rise of Kingdoms: Lost Crusade
Versi Android 5.1
Penerbit LilithGames
Genre GAME STRATEGY
Saiz Download XAPK (APK Bundle) - 1.19 GB
Versi 1.0.86.19
Kali terakhir dikemas kini pada 2024-09-13
Muat turun 50,000,000+
Dapatkan di Google Play


Download Rise of Kingdoms: Lost Crusade

Download

About Rise of Kingdoms: Lost Crusade

Takluk Bersama Greece, Bangkit Mencapai Kegemilangan

Detail Rise of Kingdoms: Lost Crusade

▶Memperkenalkan Tamadun yang Baharu kepada Rise of Kingdoms: Yunani! ◀

Yunani telah memasuki arena Rise of Kingdoms. Pengasas kepada tamadun barat dan tempat kelahiran ahli falsafah, pahlawan, dan penyair legenda, kekuatan dunia Helenistik kini menjadi milik anda dan sedia untuk diguna:

BANGSA YUNANI—Orang Yunani Purba yang berani, bijaksana, artistik dan inovatif terkenal dengan keajaiban seni bina yang menakjubkan seperti Parthenon, serta peranan perintis mereka dalam bidang politik, seni, falsafah dan peperangan. Bagaimanakah anda akan memanfaatkan kekayaan sumber dan kehebatan intelek yang anda gunakan?

Adakah anda akan memimpin tamadun Yunani seperti Zaman Emas Pericles, memupuk sistem demokrasi dan membangunkan karya seni bina? Atau adakah anda akan mempamerkan kekuatan tentera anda seperti Alexander Agung? Adakah anda akan tunduk kepada kuasa Rome, atau adakah anda akan meneruskan legasi kecemerlangan tamadun Hellenik untuk selama-lamanya?

Sudah tiba masanya untuk anda menunjukkan kuasa sebenar anda.

▶Ciri-ciri◀

14 Tamadun Unik

Pilih salah satu daripada 14 tamadun bersejarah dan pimpin empayar anda daripada sebuah klan sehingga menjadi satu kuasa yang hebat dan tidak dapat dihalang! Setiap tamadun mempunyai seni bina sendiri, unit yang unik dan kelebihan istimewa — cara anda menggunakannya terpulang kepada anda!

Uji kemahiran mentadbir anda dengan tamadun Yunani; berjuang bersama-sama dengan Pyrrhus, Pericles, Alexander Agung dan komander hebat yang lain untuk menakluki Aegean.

Pertempuran Masa Nyata

Pertempuran tidak dijangka tetapi berlaku dalam masa nyata pada peta. Sesiapa sahaja boleh menyertai atau meninggalkan pertempuran pada bila-bila masa, membolehkan permainan RTS sebenar. Nampak sekutu sedang diserang betul-betul di kawasan belakang rumah anda? Hantar beberapa askar untuk membantu rakan anda atau lancarkan serangan balas mengejut terhadap bandar penyerang.

Komander RPG

Seru berdozen tokoh bersejarah yang akan berkhidmat sebagai komander yang boleh anda percayai, daripada Julius Caesar dan Sun Tzu hingga Joan of Arc dan Kusunoki Masashige. Naikkan tahap komander anda dengan menewaskan orang gasar dan menghantar mereka dalam pertempuran, kemudian naik taraf keupayaan mereka menggunakan pohon bakat dan sistem kemahiran gaya RPG.

Peta Dunia Yang Lancar

Semua tindakan dalam permainan berlaku pada peta tunggal dan sangat luas yang didiami oleh pemain dan karakter NPC. Tiada pangkalan terasing atau skrin pertempuran berasingan. Tidak pernah dilihat sebelum ini secara mudah alih, ciri “zum infiniti” membolehkan anda beralih secara bebas daripada pandangan dunia dan bandar berasingan atau kota kara orang gasar. Ciri-ciri peta termasuk halangan semula jadi seperti sungai dan banjaran gunung serta laluan strategik yang mesti dirampas untuk mendapatkan pintu masuk ke wilayah jiran.

Penerokaan & Penyiasatan

Dunia Rise of Kingdoms diliputi oleh kabut tebal. Hantar peninjau untuk meneroka tanah misteri ini dan bongkar harta karun yang tersembunyi di dalamnya. Siasat kuil terbiar, kubu orang gasar, gua misteri dan perkampungan kabilah, kumpul risikan tentang musuh anda dan persiapkan diri anda untuk pertempuran muktamad!

Pergerakan Askar Tidak Tersekat

Arahan baharu boleh dikeluarkan kepada askar pada bila-bila masa, menawarkan kemungkinan strategik tanpa had. Tentera juga boleh dipisahkan antara berbilang komander supaya anda boleh terlibat dalam berbilang tindakan secara serentak.

Sistem Perikatan

Takluk Kerajaan

Mod Ekspedisi

Zum Infiniti--tidak pernah dilihat sebelum ini secara mudah alih!

Bandar Khusus Tamadun

Grafik Menakjubkan

Model Karakter 3D

Dan banyak lagi…

Facebook: https://www.facebook.com/riseofkingdomsgame

What's New Version 1.0.86.19

1. Angkat Sauh! Siri acara Pesta Ulang Tahun 2024 sedia untuk berlayar!2. Pengoptimuman Muzium