Files by Google

Files by Google

v1.4831.672243909.0-release by Google LLC

✨ Kosongkan ruang pada peranti anda dengan syor pembersihan

Nama Files by Google
Versi Android 8.0
Penerbit Google LLC
Genre TOOLS
Saiz 18.9 MB
Versi 1.4831.672243909.0-release
Kemas kini terakhir pada 2024-09-30
Muat turun 1,000,000,000+
Dapatkannya Google Play


Download Files by Google

Download

About Files by Google

✨ Kosongkan ruang pada peranti anda dengan syor pembersihan

Detail Files by Google

🔍 Cari fail dengan lebih pantas dengan carian dan penyemakan imbas mudah

↔️ Kongsi fail di luar talian dengan cepat menggunakan Quick Share

☁️ Sandarkan fail pada awan untuk menjimatkan ruang pada peranti anda

🔒 Lindungi fail anda dengan kunci bukan peranti

Kosongkan ruang

Lihat baki ruang pada peranti, kad SD dan pemacu USB anda dengan mudah. Kosongkan ruang dengan mencari foto lama daripada apl sembang, fail pendua, mengosongkan cache dan pelbagai lagi.

Cari fail dengan lebih pantas

Jimatkan masa mencari foto, video dan dokumen pada telefon anda. Cari dengan pantas, semak imbas GIF anda atau kongsi video yang telah anda muat turun baru-baru ini. Isih fail mengikut saiz untuk mengetahui fail yang memakan ruang.

Perkongsian fail yang pantas & selamat

Kongsi foto, video, apl dan pelbagai lagi kepada peranti Android dan Chromebook di sekitar anda dengan Quick Share. Fail dipindahkan dengan cepat, dengan kelajuan hingga 480 Mbps, meskipun tanpa sambungan Internet. Pemindahan dibuat secara tertutup dan dilindungi dengan penyulitan menyeluruh.

Lindungi fail anda

Pastikan fail sensitif anda selamat dengan PIN atau corak yang berbeza daripada kunci peranti anda.

Mainkan media luar talian

Dengar muzik anda atau tonton video anda dengan kawalan lanjutan seperti kelajuan main balik, rombak dan pelbagai lagi.

Sandarkan fail

Alihkan fail anda kepada Google Drive atau kad SD untuk menjimatkan ruang pada peranti anda. Anda juga boleh berkongsi kepada apl storan awan yang lain pada peranti anda.

Dapatkan syor pintar

Dapatkan cadangan yang berguna untuk menjimatkan ruang, melindungi peranti anda dan pelbagai lagi. Syor anda menjadi semakin pintar semakin anda menggunakan apl.

Apl ini cekap dan berkesan

Apl Files by Google menggunakan kurang daripada 20 MB storan pada peranti anda, mudah digunakan dan tiada iklan.

What's New Version 1.4831.672243909.0-release

Sepanjang beberapa minggu akan datang, kami akan melancarkan ciri berikut: - Gunakan Bulatkan untuk Membuat Carian pada imej yang dibuka daripada apl Files. Ketik ikon Lens, pilih perkara yang mahu diketahui dengan cara yang paling semula jadi — seperti membulatkan, menyerlahkan, mencoret atau mengetik. - Buat fail .zip daripada apl Files atau buka fail .zip semasa menggunakan apl lain. Kami telah membetulkan masalah yang dialami oleh sesetengah pengguna semasa membuka fail.