MyFitnessPal

MyFitnessPal

vLatest by MyFitnessPal, Inc.

Jejaki kemajuan ke arah matlamat pemakanan, kecergasan, penurunan berat badan dan pengambilan air anda dengan MyFitnessPal. Penjejak makanan semua-dalam-satu ini adalah penasihat diet, penjejak puasa berselang-seli, perancang makanan, dan diari makanan yang menemani anda sepanjang masa.

Nama MyFitnessPal
Versi Android N/A
Penerbit MyFitnessPal, Inc.
Genre ANDROID WEAR
Saiz 94.4 MB
Versi Latest
Kemas kini terakhir pada 2023-10-24
Muat turun 100 000 000+
Dapatkannya Google Play


Download MyFitnessPal

Download

About MyFitnessPal

Jejaki kemajuan ke arah matlamat pemakanan, kecergasan, penurunan berat badan dan pengambilan air anda dengan MyFitnessPal. Penjejak makanan semua-dalam-satu ini adalah penasihat diet, penjejak puasa berselang-seli, perancang makanan, dan diari makanan yang menemani anda sepanjang masa.

Detail MyFitnessPal

MyFitnessPal bukan sekadar aplikasi diet biasa yang terhad. Ini adalah aplikasi kesihatan yang membantu anda memahami tabiat anda, meneliti cara pemakanan anda, membuat pilihan makanan yang lebih bijak, mencari motivasi & sokongan dan mencapai matlamat kesihatan anda.

Muat turun dan mulakan percubaan Premium 30-hari percuma untuk mengakses alat penjejak makanan, pemasa puasa berselang-seli, dan log kecergasan yang eksklusif. Anda pasti akan ketahui mengapa MyFitnessPal adalah aplikasi penjejakan makanan dan pemakanan #1 dunia.

BUKAN SEKADAR PENJEJAK KALORI & JURNAL MAKANAN

Anda seolah-olah mempunyai pakar diet, jurulatih peribadi dan pembimbing pemakanan di hujung jari anda.

■ Log Makanan – Alat mudah digunakan yang menjadikan penjejakan makanan cepat dan senang

■ Jejaki Puasa – Jadualkan tempoh puasa serta jejaki kemajuan anda

■ Rekodkan Aktiviti – Tambah senaman dan langkah dengan penjejak kecergasan

■ Sesuaikan Matlamat Anda – Penurunan berat, penambahan berat, pengekalan berat badan, pemakanan & kecergasan

■ Lihat Kemajuan Anda – Jejak secara sepintas lalu atau kaji pemakanan & kalori secara terperinci

■ Berhubung Dengan Komuniti – Cari rakan dan motivasi dalam forum kami yang aktif

FAHAMI CIRI & MANFAAT

Dapatkan Pemahaman Jelas yang Berharga Dengan Log Makanan

Ketahui makanan mana yang paling memberikan anda tenaga. Ia bukan sekadar aplikasi diet, pembilang kalori untuk menurunkan berat badan atau cara lebih cepat untuk menghilangkan lemak— ia membolehkan anda mengawal sepenuhnya dan memahami apa yang anda makan.

■ Antara Pangkalan Data Makanan Terbesar – Jejak kalori untuk lebih 14 juta makanan (termasuk sajian yang dihidangkan di restoran)

■ Penjejak Puasa Selang-seli Baharu – Jadualkan puasa serta catatkan kemajuan anda

■ Alat Penjejak Makanan Cepat & Mudah – Taip untuk mencari, menambah makanan daripada sejarah anda atau imbas kod bar dengan kamera telefon anda

■ Penjejak Kalori – Kira kalori secara automatik dan lihat kemajuan harian anda

■ Penjejak Makronutrien – Lihat pecahan karbohidrat, lemak & protein mengikut gram atau peratus—tidak perlu penjejak karbohidrat atau aplikasi diet keto yang lain!

■ Penjejak dan Analisis Pemakanan – Kaji pengambilan pemakanan dan tetapkan matlamat khusus untuk makronutrien, kolesterol, garam, serat & lebih banyak lagi

Sesuaikan Pengalaman Aplikasi Anda

Pilih tetapan yang membantu anda mencapai matlamat anda.

■ Matlamat Tersuai – Jejak kalori mengikut makanan atau hari, tetapkan matlamat makronutrien dan lebih lagi

■ Papan Pemuka Diperibadikan – Pilih statistik yang anda ingin lihat secara sepintas lalu

■ Pembilang Protein– Tetapkan matlamat protein anda dan jejak jumlah yang dimakan sepanjang hari

■ Tambah Penjejak Makanan/Sajian Anda Sendiri– Simpan resipi dan sajian supaya senang direkodkan

■ Hubungkan Lebih 50 Aplikasi & Peranti – Daripada penjejak kecergasan dan aplikasi jam pintar

■ Jejaki Bersama Wear OS – Pengira kalori, penjejak air dan penjejak makro pada jam tangan anda, termasuk jubin dan komplikasi.

Lihat terma & syarat lengkap serta dasar privasi kami: https://www.myfitnesspal.com/privacy-and-terms

What's New Version N/A

Puasa Berselang-seli! Ciri Premium terbaru kami membolehkan anda menjejaki puasa harian dalam masa nyata, terus daripada diari anda. Pilih corak puasa, kemudian mulakan dan berhenti berpuasa apabila anda sudah bersedia. Mengapa kami sukakannya: Dengan lebih banyak data nutrisi utama anda dalam satu apl, lebih mudah untuk melihat trendnya dan mematuhi jadual.