World of Tanks Blitz

World of Tanks Blitz

v11.3.0.952 by Wargaming Group

Sertai angkatan peminat permainan perisai berbilang pemain PERCUMA ini dan alami keseronokan pertempuran perisai yang penuh aksi di peranti anda. Terokai pelbagai kenderaan, medan, dan 8 mod untuk mencari pertempuran perisai kegemaran anda!

Nama World of Tanks Blitz
Versi Android 5.0
Penerbit Wargaming Group
Genre GAME ACTION
Saiz N/A
Versi 11.3.0.952
Kemas kini terakhir pada 2024-09-16
Muat turun 100,000,000+
Dapatkannya Google Play


Download World of Tanks Blitz

Download

About World of Tanks Blitz

Sertai angkatan peminat permainan perisai berbilang pemain PERCUMA ini dan alami keseronokan pertempuran perisai yang penuh aksi di peranti anda. Terokai pelbagai kenderaan, medan, dan 8 mod untuk mencari pertempuran perisai kegemaran anda!

Detail World of Tanks Blitz

NAIK TARAF PERISAI ANDA

Pilih dari lebih daripada 400 kenderaan dari jentera-jentera Paras I hingga ke Paras X yang canggih. Rasakan kegembiraan ketika mempersiapkan gergasi besi anda di dalam Garaj untuk bermain dengan penuh semangat.

TIDAK KETINGGALAN JUGA KENDERAAN FANTASI

Pandu uji dengan seronok kenderaan eksperimental yang dijadikan nyata daripada pelan-pelan biru jurutera terkenal supaya ia rasa lebih istimewa!

GUNAKAN KELEBIHAN PERISAI ANDA DALAM PERTEMPURAN

Setiap perisai dalam pertempuran menawarkan mekanisme permainan yang unik. Bentuk badan dan menara meriam yang berlainan mampu melantunkan peluru yang paling berkuasa.

MENANGI GANJARAN

Berseronok dengan acara-acara dalam permainan yang diilhamkan daripada raksasa, dinasour, ahli muzik, dan alam permainan lain! Selesaikan misi khas tersendiri anda untuk dapatkan ganjaran untuk menaik taraf kenderaan kegemaran anda.

BERTARUNG DALAM 30+ ARENA TEMPUR

Permainan menembak pasti tidak akan membosankan, dan pertempuran perisai tidak terkecuali. Lepaskan kuasa senjata anda ke atas musuh-musuh di pelbagai medan. Berteduh dari matahari terik di padang pasir, kaji runtuhan purba di Mediterranean, atau teroka pangkalan rahsia yang ditelani zaman dalam kegelapan. Bukan itu sahaja! Lancarkan perang perisai anda dalam graviti rendah di Bulan atau kejutkan musuh anda dengan kebolehan mistik seperti bangkit semula dari kematian.

MAIN DALAM PASUKAN DAN MENANGI PERTANDINGAN

Anda tidak akan bermain keseorangan! Sertai klan dan bermain bersama rakan-rakan dalam permainan berbilang pemain di atas talian. Bentuk platun anda, mara ke medan tempur sebagai satu pasukan, dan bertanding untuk kegemilangan, pangkat, atau hadiah! WoT Blitz adalah permainan rentas-pelantar, oleh itu anda boleh bermain di atas pelbagai peranti berbeza.

PANDU KENDERAAN BERSEJARAH

Pandu dan naik taraf perisai dan pemusnah perisai yang bersejarah serta terperinci dari Jerman, Perancis, Jepun, Britain, China, Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan lain-lain negara.

GRAFIK DIOPTIMUMKAN UNTUK MANA-MANA PERANTI

Penembak PvP ini dioptimumkan secara automatik untuk peranti anda. Pandu sepenuhnya model-model perisai yang mengujakan dan saksikan letupan gergasi dan menara meriam terpelanting di arena tempur. Pergi ke tetapan untuk cari keseimbangan antara visual mengagumkan dan FPS tinggi.

2024 Wargaming.net

What's New Version 11.3.0.952

– Musim 5 penuh dengan hikayat berlegenda! Kembara untuk mencari keterujaan dan kenderaan unik!– Satu cabang perisai sederhana Perancis baru yang didahului oleh Projet Murat yang lincah.– Beraneka acara, termasuk Vortex of Souls, Blacksmith Forge, Rating Spring, dan Operasi Bard's Song dan Ivory Tower. Main dan dapatkan ganjaran!– Satu mod 10 lwn 10 yang baru untuk lebih banyak keseronokan!– Pengimbangan semula berskala besar. Perisai lama, pengalaman baru!