SaveME 999
Introductions SaveME 999
The SaveME 999 application allows users to make emergency assistance requests.
Aplikasi SaveME 999 (selepas ini dirujuk sebagai “Aplikasi”) diperkenalkan secara rasmikepada rakyat Malaysia sebagai salah satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk menguruskan
perkhidmatan kecemasan melalui aplikasi telefon pintar. Aplikasi ini menawarkan pelbagai ciri, antaranya membolehkan pengguna membuat permintaan bantuan kecemasan seperti
kebakaran, jenayah, bantuan perubatan, bantuan kemanusiaan, kecemasan di laut dan lain-lain perkhidmatan kecemasan yang berkaitan di dalam Malaysia.
Aplikasi ini juga boleh digunakan untuk kecemasan melibatkan insiden-insiden yang meletakkan nyawa dalam keadaan berisiko dan menyebabkan kerosakan terhadap harta benda atau alam sekitar.
Aplikasi ini turut direka khas untuk membantu individu cacat penglihatan (buta) dan cacat
pendengaran (pekak) yang memerlukan bantuan kecemasan. Orang awam boleh menambah
maklumat tambahan seperti teks, rakaman suara, gambar/video untuk membantu agensi
kecemasan bertindak dengan lebih cepat dan berkesan.
Aplikasi dan data adalah milik Kerajaan Malaysia dan dikendalikan oleh Kementerian Komunikasi (KK) Selaras dengan hasrat negara ke arah pendigitalan teknologi, aplikasi ini
diperbaharui dengan pelbagai fungsi baharu dan menumpukan kepada pengurusan perkhidmatan kecemasan secara lebih digital, cekap dan berkesan.
